Terima kasih kerana berminat untuk kenal tentang Program TFM Untuk Guru Muda.
Pihak Yayasan Teach For Malaysia (YTFM) telah ditubuhkan pada tahun 2010 dan telah bekerjasama dengan Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) lebih daripada sedekad untuk melaksanakan program-program termasuk Program Felo TFM Contract of Service, Program TFM Sebagai Rakan Guru, dan Program Duta Guru. Pada bulan Julai 2023, Pihak YTFM telah mendapat kelulusan daripada Ketua Setiausaha KPM untuk melaksanakan satu lagi program rintis iaitu Program TFM Untuk Guru Muda bermula Mei 2024 yang telah dilancarkan oleh Menteri Pendidikan YB Fadhlina Sidek.
Program TFM Untuk Guru Muda merupakan program rintis pembangunan kepemimpinan khas untuk Guru Muda (0-5 tahun perkhidmatan) bagi guru-guru mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Sejarah serta guru-guru Pusat Sumber & Media di sekolah rendah dan sekolah menengah. Program ini bertujuan untuk menyokong inisiatif pihak KPM dalam membangunkan guru yang inovatif, selaras dengan Teras 5 KPM; iaitu kebajikan guru sebagai teras keberkesanan penyampaian pendidikan.
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi pegawai kami yang berikut.
- Name: Encik Amir Mokhtar Mat Isa
Nombor Telefon: +6010 9058071
E-mel: amir.isa@teachformalaysia.org
Program ini adalah sukarela, dan semua maklumat peribadi akan disimpan mengikut peraturan privasi data Malaysia (PDPA & GDPR).